Ahli-ahli Exco

Presiden

Chee Leong kini berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Dekan Fakulti Sains Tingkah Laku di Universiti HELP, Kuala Lumpur, yang menempatkan program ijazah psikologi yang terbesar di Asia Tenggara. Beliau merupakan pensyarah Bidang Psikologi Sosial, Metodologi Penyelidikan, Motivasi Manusia, Psikologi Perkembangan dan Psikologi Kognitif.









DSC 1625-2Prof. Dr. Hairul Nizam Ismail
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Presiden Bakal
Prof. Dr. Hairul Nizam Ismail menerima PhD (Psikologi Pendidikan / Sistem Teknologi Pengajaran ) dari Indiana University Bloomington - pada tahun 1999, dengan pengkhususan dalam bidang pembelajaran dan kognisi. Sejak tahun itu, Dr. Hairul telah berkhidmat sebagai ahli fakulti di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Sejak sebelas tahun yang lalu, Dr. Hairul telah mengajar dalam pelbagai kursus yang berkaitan dengan psikologi pendidikan, psikologi kanak-kanak, psikologi kognitif, bimbingan dan kaunseling, multiple intelligences, gifted and talented, thinking and reasoning, dan ujian psikologi.

Tambahan pula, beliau telah memulakan pelbagai projek penyelidikan yang berkaitan dengan topik-topik mengenai masalah berasaskan pembelajaran, ICT dan pendidikan, tekanan, pra -sekolah, pangkalan data pendidikan, interaksi etnik, dan perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan. Beliau juga telah menulis banyak jurnal dan artikel majalah, monograf penyelidikan, dan juga bab-bab buku di dalam topik yang sama.

DSC 1637-2Prof. Madya Dr. Wan Shahrazad Wan Sulaiman
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Naib Presiden

Bidang Kepakaran: Ujian dan Pengukuran, Statistik, Pengujian Model SEM, Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Alamat Pejabat: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK, UKM, Bangi









 

DSC 1631-2Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Mantan Presiden

Bidang Kepakaran: Psikologi Trafik, Psikologi Sosial, Metodologi Penyelidikan dan Psikologi Eksperimen
Alamat Pejabat: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK, UKM, Bangi








DSC 1651-2Prof. Datin Dr. Quek Ai Hwa
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Setiausaha Kehormat

Prof Datin Dr Quek Ai Hwa memegang Kerusi Profesor Pembangunan Kerjaya di Jabatan Psikologi di HELP. Bidang pengkhususan beliau adalah dalam bidang Psikologi Sosial dan Sosiologi dengan Pendidikan Kerjaya. Sebelum menyertai HELP, beliau adalah seorang Profesor dan Ketua Jabatan, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan menerima beberapa anugerah kecemerlangan dari UM. Semasa di HELP beliau menjurus dalam bidang Perkembangan Kerjaya, Budaya Kerja, Penilaian Program Pendidikan dan Keperluan Khas.





DSC 1646-2Dr. Fatimah wati Halim
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Bendahari

Bidang Kepakaran: Psikologi Personel dan Organisasi, Psikologi Personel (ujian, pengukuran dan penilaian psikologi (khususnya personaliti) untuk pengurusan personel, kompetensi dan prestasi kerja), Psikologi Organisasi (personaliti dan tingkah laku organisasi khususnya kepimpinan, motivasi dan efikasi kendiri)
Alamat Pejabat: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK, UKM, Bangi






DSC 1635-2Prof. Dr. Rahmattullah Khan bin Dr. Abdul Wahab Khan
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Ahli Majlis

Kelayakan: BS (LAS), M Psych (Clin.), D Psych (Clin.)
Specialization: Psikologi Klinikal
Alamat Pejabat: Jabatan Psikologi & Kaunseling, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jawatan: Profesor (Psikologi Klinikal)






DSC 1648-2Prof. Madya Dr. Rozainee Khairudin
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Ahli Majlis

Bidang Kepakaran: Psikologi Kognitif, Sains Kognitif, Kognitif Neurosains
Alamat Pejabat: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK, UKM, Bangi










Ahli Majlis

Saya berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) mulai tahun 2000 sehingga kini dan telah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri. Kini saya telah menyambung pengajian secara sepenuh masa di peringkat Sarjana Falsafah dalam bidang Psikologi Industri dan Organisasi dengan memberi tumpuan kepada pengajian kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia.






Ahli Majlis

Kelayakan: BPsych (Kepujian) (Psikologi Industri dan Organisasi), UMS, MPsych (Psikologi Sosial), UMS
Pengkhususan: Psikologi Industri dan Organisasi
Penyelidikan : Tekanan Akademik, Isu-isu Belia dan Kesejahteraan emosi dan rohani
Alamat Pejabat: Unit Penyelidikan Psikologi & Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Universiti Malaysia Sabah





Ahli Majlis

Kelayakan: B.A. (Hons)(Psych) Guelph Uni, M.Sc. (Ergonomics) UCL, PhD (Ergonomics) Loughborough University
Bidang Kepakaran: Sains Sosial, Penguatkuasaan Undang-undang , Keterangan dan Prosedur - Aplikasi psikologi dan ergonomik dalam penjagaan kesihatan.







Ahli Majlis

Kelayakan: B. HSc. (Psych) IIUM, M. HSc. (Clinical Psychology) IIUM
Pengkhususan: Psikologi Klinikal
Alamat Pejabat: Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), Institute Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)







Ahli Majlis

Kelayakan: B. H. Sc. Psych (Hons) (IIUM), M. Sc. Counselling (UUM), PhD (Marquette University, USA).
Alamat Pejabat: Department of Educational Psychology Counselling, Universiti Malaya







Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini216
mod_vvisit_counterBulan Ini1944
mod_vvisit_counterBulan Lepas0

IP Anda: 54.81.232.54