Menjadi ahli Persatuan adalah satu langkah penting dalam kerjaya seorang ahli psikologi yang profesional. Jenis keahlian Persatuan yang berbeza dapat memenuhi kesesuaian status mereka yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf mahupun yang sedang mengikuti latihan psikologi yang diiktiraf dan juga mereka yang mempunyai minat dalam bidang psikologi tetapi tidak mempunyai kelayakan yang berkaitan.

Jenis keahlian kami termasuk (sila klik untuk maklumat lanjut):

ahli penuh
Ahli Penuh adalah mereka yang mempunyai latihan dan pengalaman yang diiktiraf dalam bidang psikologi mengikut satu daripada syarat-syarat (a) atau (b) atau (c):

Kriteria (a):
  1. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi atau yang setaraf denganya DAN
  2. Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang psikologi
Kriteria (b):
  1. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang selain psikologi DAN
  2. Mempunyai ijazah sarjana psikologi DAN
  3. Telah mengikuti kursus asas psikologi dalam lapan bidang utama
Kriteria (c):
  1. Mereka yang tidak memenuhi syarat diatas, boleh membuat rayuan kepada Biro Keahlian dan Pendaftaran (keputusan biro adalah tertakluk kepada panduan permohonan keahlian yang ditetapkan).
ahli luar negaraAhli Luar Negara adalah mereka yang mempunyai latihan dan pengalaman yang diiktiraf dalam bidang psikologi mengikut satu daripada syarat-syarat dalam Bahagian 1 (Ahli Penuh) dalam kurungan (a) (b) (c). Ahli Luar Negara tidak boleh memegang jawatan sebagai ahli majlis tetapi boleh mengundi dan menjadi sebahagian jawatankuasa kecil dan taskforce yang ditubuhkan oleh PSIMA.

ahli bersekutuAhli Bersekutu 
adalah mereka yang mempunyai keinginan dan minat dalam memajukan tujuan-tujuan Persatuan. Ahli-ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang jawatan sebagai ahli majlis tetapi boleh menjadi sebahagian jawatankuasa kecil dan taskforce yang ditubuhkan oleh PSIMA..

ahli pelajarAhli Pelajar merupakan mahasiswa dalam bidang psikologi dan berkaitan. Ahli Pelajar tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang jawatan sebagai Ahli Majlis tetapi boleh menjadi sebahagian jawatankuasa kecil dan taskforce yang ditubuhkan oleh PSIMA

pembaharuan keahlianBagi Ahli PSIMA yang ingin memperbaharui keahlian anda, anda boleh berbuat demikian dengan mengisi "Borang Pembaharuan Keahlian" dan menghantarnya kepada Setiausaha Kehormat kami di alamat / e-mel yang disenaraikan dalam borang tersebut. Sila klik ikon di bawah untuk memuat turun borang tersebut:

muat turun

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini145
mod_vvisit_counterBulan Ini1858
mod_vvisit_counterBulan Lepas2320

IP Anda: 54.235.48.106