Ahli Luar Negara

ahli luar negara
Ahli Luar Negara adalah mereka yang mempunyai latihan dan pengalaman yang diiktiraf dalam bidang psikologi mengikut satu daripada syarat-syarat dalam Bahagian 1 (Ahli Penuh) dalam kurungan (a) (b) (c). Ahli Luar Negara tidak boleh memegang jawatan sebagai ahli majlis tetapi boleh mengundi dan menjadi sebahagian jawatankuasa kecil dan taskforce yang ditubuhkan oleh PSIMA.


Langkah-langkah untuk Memohon
Pastikan dokumen-dokumen yang perlu adalah teratur:

Bagi pemohonan Ahli Luar Negara:-

  1. Borang permohonan yang lengkap (Bagi pemohon yang tidak mempunyai 2 orang penyokong boleh menghubungi Persatuan untuk cadangan).
  2. Salinan Kelayakan Akademik yang telah disahkan
  3. Yuran
    1 tahun – RM 120 (+ RM 10 bagi pemohon kali pertama)
    2 tahun – RM 240
    3 tahun – RM 360


(bayaran boleh dibuat melalui cek pos, wang tunai, PayPal dan transaksi dalam talian)


Pasukan pentadbiran akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menilai permohonan. Pemohon yang berjaya akan diberikan nombor keahlian dan nama mereka akan muncul di laman web PSIMA.

muat turun

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini208
mod_vvisit_counterBulan Ini1936
mod_vvisit_counterBulan Lepas0

IP Anda: 54.81.232.54