Ahli Penuh

ahli penuh

Ahli Penuh adalah mereka yang mempunyai latihan dan pengalaman yang diiktiraf dalam bidang psikologi mengikut satu daripada syarat-syarat (a) atau (b) atau (c): 

Kriteria (a):
  1. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi atau yang setaraf denganya DAN
  2. Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang psikologi 
Kriteria (b):
  1. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang selain psikologi DAN
  2. Mempunyai ijazah sarjana psikologi DAN
  3. Telah mengikuti kursus asas psikologi dalam lapan bidang utama
Kriteria (c):
  1. Mereka yang tidak memenuhi syarat diatas, boleh membuat rayuan kepada Biro Keahlian dan Pendaftaran (keputusan biro adalah tertakluk kepada panduan permohonan keahlian yang ditetapkan)


Langkah-langkah untuk Memohon

Pastikan dokumen-dokumen yang perlu adalah teratur:


Bagi pemohonan Ahli Biasa: -
  1. Borang permohonan yang lengkap (Bagi pemohon yang tidak mempunyai 2 orang penyokong boleh menghubungi Persatuan untuk cadangan).
  2. Salinan Kelayakan Akademik yang telah disahkan
  3. Yuran 
    1. 1 tahun – RM 40 (+ RM 10 bagi pemohon kali pertama)
    2. 2 tahun- RM 80
    3. 3 tahun- RM 120
(bayaran boleh dibuat melalui cek pos, wang tunai, PayPal dan transaksi dalam talian)



Pasukan pentadbiran akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menilai permohonan. Pemohon yang berjaya akan diberikan nombor keahlian dan nama mereka akan muncul di laman web PSIMA.

muat turun

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini66
mod_vvisit_counterBulan Ini1322
mod_vvisit_counterBulan Lepas2889

IP Anda: 54.166.141.69