Biro Pembangunan Nasional

Ketua: Dr Hairul Nizam ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )


Biro ini bertujuan untuk menubuhkan kumpulan kerja untuk menangani 11 isu nasional yang kritikal kepada negara kita. Matlamatnya adalah untuk menemukan ahli psikologi yang mempunyai kepakaran dan minat dalam bidang-bidang ini untuk bekerjasama ke arah penyelesaian isu-isu ini dari perspektif psikologi.



Kumpulan kerja adalah dalam bidang-bidang berikut:


 

Isu-isu

1

Menyatukan Rakyat 

= Mengurangkan prejudis kaum dan agama

= Menerima kepelbagaian di Malaysia

2

Menguruskan Bencana

= Intervensi selepas bencana

= Membantu populasi yang terjejas dan pekerja tindakbalas bencana

3

Membangunkan Tenaga Kerja 

= Meningkatkan Produktiviti melalui “Transformasi Paradigma Pemikiran Tenaga Kerja” 

= Meningkatkan penglibatan, kesihatan, kebahagiaan dan pengertian

= Mengalakkan keusahawanan

4

Mengurangkan Jenayah

= Intervensi pencegahan jenayah

= Membantu pemulihan mangsa jenayah

5

Mengunakan Teknologi Dengan Cara yang Sihat dan Berkesan

= Memahami dan menguruskan pengunaan teknologi yang tidak sihat (ketagihan siber, pembulian siber, jenayah siber)

= Memaksimumkan teknologi untuk meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti

6

Meningkatkan Kesihatan 

= Mengurangkan obesiti dengan mengalakkan diet yang sihat dan senaman

7

Membantu Belia 

= Memahami dan menguruskan tingkah laku remaja yang bermasalah (seperti dadah, geng, tidak bersekolah, Mat Rempit, samseng)

= Membantu remaja mencari erti, hala tuju, identiti dan tujuan

8

Menjaga Warga Tua 

= Gerontologi: Memahami isu-isu “The Forgotten People

= Mengenal pasti faktor-faktor utama untuk meningkatkan kesejahteraan warga tua

9

Menggiatkan Sekolah 

= Membangunkan kemahiran berfikir pelajar abad ke-21’

= Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat: mengurangkan buli, keganasan

= Mengurangkan kegagalan akademik dan kadar keciciran dari sekolah

10

Membasmi Kemiskinan

= Memahami dan menguruskan faktor-faktor psikologi yang menyumbang kepada kemiskinan 

= Membangunkan aktiviti keusahawanan di kalangan masyarakat miskin

= Mengurangkan sikap tidak peduli di kalangan penduduk umum

= Tumpuan khusus pada masyarakat pribumi

11

Kesihatan Mental

= Memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia termasuk pengesanan dan pengurusan isu-isu kesihatan mental

= Meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu kesihatan mental

 

Bagaimana anda boleh membantu?

Kami sedang mencari ahli akademik, pengamal dan pelajar pasca siswazah yang sedang melakukan kerja-kerja dalam bidang di atas, atau yang mempunyai minat untuk bekerja dalam bidang tersebut, supaya menyertai pasukan-pasukan yang berbeza. Jika anda berminat untuk menyertai salah satu daripada pasukan tersebut, sila hubungi Profesor Hairul Nizam di  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini219
mod_vvisit_counterBulan Ini1947
mod_vvisit_counterBulan Lepas0

IP Anda: 54.81.232.54