Biro Pembangunan Profesional Berterusan

Ketua: Dr Goh Chee Leong ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )

Matlamat kami adalah untuk menawarkan lebih daripada 25 program CPD pada tahun 2016. Program-program ini akan dijalankan dengan kerjasama universiti-universiti dan akan meliputi bidang-bidang amalan berbeza dalam psikologi termasuk: psikologi kerja dan organisasi, psikologi klinikal dan kaunseling, ujian psikometrik, psikologi kesihatan, pendidikan dan psikologi sekolah, psikologi sukan dan bidang-bidang lain yang mempunyai permintaan di Malaysia. Kami juga merancang untuk menjalankan program-program CPD untuk pensyarah universiti dalam bidang psikologi mengenai kaedah mengajar yang lebih berkesan dan mendedahkan mereka kepada trend terkini dalam penilaian program psikologi.

Kami berharap dapat mejemput fasilitator pakar dari dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada program-program CPD. Matlamat kami adalah untuk menerbitkan jadual 2016 program CPD pada awal 2016.

Bagaimana anda boleh membantu?

= Kami sedang mencari organisasi yang boleh menjadi rakan kongsi kami untuk menganjurkan program CPD

= Jika anda seorang pakar subjek di dalam bidang tertentu psikologi, anda boleh menawarkan kepakaran anda dengan menawarkan satu program CPD

= Jika anda mahir dalam urusan pentadbiran dan penganjuran acara, anda boleh menyertai pasukan penyelarasan CPD kami

= Anda juga boleh membantu dengan berkongsi jadual CPD dengan ahli psikologi yang seangkatan dengan anda

= Hubungi: Dr Goh Chee Leong ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )

=
 Sila klik di SINI untuk senarai acara CPD yang akan datang.

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini212
mod_vvisit_counterBulan Ini1940
mod_vvisit_counterBulan Lepas0

IP Anda: 54.81.232.54