Biro Akta Psikologi Nasional

Ketua: Prof. Madya Dr. Rozmi bin Ismail ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )

Hari ini masyarakat mula menyedari akan kepentingan psikologi dalam menangani pelbagai permasalahan dan krisis. Pengamal bidang psikologi juga semakin bertambah, oleh yang demikian pakar psikologi berkenaan haruslah individu yang bertauliah bagi mengendalikan kes tertentu. Keadaan ini memerlukan satu akta yang menuntut mereka ini benar-benar terlatih dan diiiktiraf kepakaran mereka bagi menjaga kepentingan pengguna atau klien.PSIMA tidak mahu orang awam tertipu dan terpedaya dengan syarikat/individu yang menggunakan nama psikologi bagi menjalankan perkhidmatan dan perniagaan yang berasaskan psikologi. Orang awam yang mendakwa mereka mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi boleh disahkan melalui akta ini nanti. Justeru, kewujudan akta akan membantu proses kawalan dan pengurusan intervensi secara lebih sistematik dan efisen. 


Biro akta psikologi bertujuan merealisasikan impian PSIMA untuk mewujudkan akta Psikologi di Malaysia. Buat masa ini PSIMA bekerjasama rapat dengan JPA Bahagian Psikologi untuk mempastikan pembinaan akta tercapai. Jawatankuasa akta psikologi merancang untuk mempastikan akta psikologi akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen  dalam masa terdekat.

Sehubungan itu kami berharap kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya pakar-pakar dan pengamal psikologi tampil memberi pandangan dan idea bagi mempastikan impian ini tercapai.

Bagaimana anda boleh membantu?

  • Kami sedang mencari organisasi/syarikat/individu yang sedang atau merancangkan menawarkan perkhidmatan psikologi kepada masyarakat tampil menjadi rakan kongsi kami untuk memberi idea dalam mewujudkan akta ini.

  • Jika anda seorang pakar subjek di dalam bidang tertentu psikologi dan perundangan, anda boleh menawarkan kepakaran anda dengan menjadi ahli jawatankuasa biro kami.

  • Jika anda mahir dan berpengalaman dalam mengadakan latihan atau berhadapan dengan klien, anda boleh menyertai pasukan  kami.

  • Hubungi: Prof Madya Dr Rozmi bin Ismail  ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini50
mod_vvisit_counterBulan Ini1306
mod_vvisit_counterBulan Lepas2889

IP Anda: 54.166.141.69