Biro Hubungan Antarabangsa

Ketua: Dr. Goh Chee Leong ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )

PSIMA, sebagai satu badan nasional yang mewakili Psikologi di Malaysia, sangat komited dalam menjalinkan hubungan dengan komuniti Psikologi antarabangsa. Usaha-usaha yang sedang dilaksanakan termasuk:

  • PSIMA merupakan Ahli IUPsyS (International Union of Psychological Societies)
    Untuk maklumat lanjut berkenaan IUPsyS, sila rujuk kepada laman web berikut: http://www.iupsys.net/

  • PSIMA merupakan ahli pengasas ARUPS (ASEAN Regional Union of Psychological Societies). ARUPS kini terdiri daripada Pertubuhan Psikologi dari negara Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, dan Malaysia. ARUPS menganjurkan persidangan setiap 2 tahun, di mana yang seterusnya akan diadakan di Bali pada tahun 2017. Pada tahun 2015, ARUPS telah membentuk satu pasukan petugas untuk mengkaji pembentukan satu registri ASEAN bagi ahli-ahli psikologi. Usaha ini masih dijalankan sekarang.
Ahli-ahli yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada biro ini, sila hubungi Dr. Goh di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini210
mod_vvisit_counterBulan Ini1938
mod_vvisit_counterBulan Lepas0

IP Anda: 54.81.232.54