Majlis Akademik Psikologi Nasional

Ketua: Dr. Goh Chee Leong ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )

Dalam tahun 2015, PSIMA telah menubuhkan Majlis Akademik Nasional bagi menyatukan semua universiti dan kolej yang menawarkan program psikologi di Malaysia. Matlamat Majlis ini adalah untuk mewujudkan satu landasan untuk bekerjasama sebagai satu komuniti ke arah pengukuhkan bidang psikologi.

Semua Ketua-ketua Jabatan Psikologi telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada majlis ini.

Kini, majlis ini diwakili oleh universiti-universiti yang berikut:
  • International Medical University (IMU)
  • Nottingham University, Malaysia
  • Reading University, Malaysia
  • Universiti HELP
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • University Perdana
  • University Perguruan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Sunway
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti UCSI

Majlis ini dipengerusikan oleh Presiden PSIMA, Dr. Goh Chee Leong. Mana-mana institusi yang berminat untuk menyertai majlis ini, sila hubungi pengerusi di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini84
mod_vvisit_counterBulan Ini1130
mod_vvisit_counterBulan Lepas1369

IP Anda: 54.224.2.123