MAPSA 2016

mapsa

Para Pelajar, Pengamal, dan Ahli Psikologi yang dihormati:

Acara tahunan Perhimpunan Pelajar Psikologi Malaysia (MAPSA), yang sebelum ini dikenali sebagai Persidangan Psikologi Malaysia (MPC), menyediakan landasan bagi para mahasiswa dan pelajar pasca siswazah psikologi untuk membentangkan penyelidikan mereka, mempelajari idea-idea terkini dalam bidang psikologi, menghadiri bengkel-bengkel kemahiran dan memperluas rangkaian mereka dengan pelajar-pelajar kampus lain dari seluruh negara.

Rakan-rakan kongsi universiti kami termasuk:
  • HELP University
  • Monash University
  • Sunway University
  • International Islamic University Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Reading University, Malaysia
  • Nottingham University, Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • International Medical University
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • University College Sedaya International (UCSI)
  • Perdana University

Tahun ini, PSIMA mensasarkan lebih daripada 1,000 pelajar untuk menyertai MAPSA 2016.

Penyerahan abstrak akan ditutup pada 30hb September 2016.


Tarikh-Tarikh Penting

Penyerahan Abstrak/ Pendaftaran Persidangan
1hb April 2016 dan seterusnya

Tarikh Akhir Penyerahan Abstrak/ Pendaftaran Persidangan
30hb September 2016

Tarikh akhir pendaftaran bagi semua peserta
15hb Oktober 2016

Tarikh Persidangan MAPSA 2016
5hb & 6hb November 2016


mapsa full poster

Garis Panduan Am untuk Para Pembentang

Format pembentangan bagi acara ini adalah pembentangan lisan atau pembentangan poster.

Pembentangan Lisan: Kertas individu atau pengarang bersama. Tempoh untuk pembentangan oral ini adalah 15 minit, termasuk masa perbincangan.
Pembentangan Poster: Poster individu atau pengarang bersama. Saiz poster hendaklah tidak melebihi lebih daripada 200 cm (tinggi) x 90 cm (lebar).

Garis Panduan Penyerahan

Tajuk pembentangan tidak boleh melebihi 30 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris . Selain itu, had untuk patah perkataan hendaklah dalam lingkungan 150 perkataan dalam Bahasa Inggeris. Bagi pembentangan kajian empirikal, semua pengumpulan data dan analisa hendaklah dilengkapkan sebelum penyerahan. Jikalau Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama penulis, kami mencadangkan supaya abstrak anda diperiksa oleh seseorang yang fasih dalam Bahasa Inggeris sebelum penyerahan. Abstrak tidak boleh diubah suai selepas penyerahan.

Sila hantar abstract anda kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  dengan subjek "MAPSA 2016 Abstract Submission".



Lokasi

Acara ini akan diadakan di Universiti HELP Subang 2. Alamat dan arahan adalah seperti berikut:

HELP University - Subang 2 Campus

Persiaran Cakerawala
Subang Bestari, Seksyen U4
40150 Shah Alam,
Selangor.

Sila klik jikalau anda ingin mengguna Waze atau Google Maps untuk mencari lokasi ini.


Yuran

Yuran sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk acara ini.


Rangka Program

Senarai program ini masih sedang dikemas kini. Sila kembali di masa hadapan.


Hubungi

Sila hubungi kami di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini177
mod_vvisit_counterBulan Ini1905
mod_vvisit_counterBulan Lepas0

IP Anda: 54.81.232.54