Peluang Biasiswa / Kerjaya

Biasiswa Penyelidikan Pascasiswazah
Universiti Monash Malaysia – Jabatan Psikologi
Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences

Universiti Monash Malaysia adalah salah satu kampus antarabangsa Universiti Monash Australia yang mempunyai lima kampus tempatan di seluruh Victoria dan pusat-pusat antarabangsa di China, Itali dan India. Universiti Monash Malaysia menyediakan pengalaman antarabangsa yang unik, dengan kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan. Ia melibatkan masyarakat Malaysia dan serantau untuk meningkatkan kondisi manusia. Kampus kami adalah sebuah komuniti cendekiawan dinamik yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar, dan disokong oleh proses keserakanan dan infrastruktur kelas pertama yang komprehensif, dan bercita-cita untuk mencapai pencapaian intelektual pada tahap tertinggi.

Kami sedang mencari individu-individu yang berminat untuk menjadi seorang pelajar pasca siswazah di peringkat Sarjana, yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang dengan potensi untuk pencapaian cemerlang pada masa hadapan. Calon yang berjaya akan terlibat dalam projek mengenai keletihan dan keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh satu pasukan ahli akademik di Jabatan Psikologi di Universiti Monash Malaysia dan Pusat Pengajian Sains Psikologi di Universiti Monash Australia. Projek ini, yang dibiayai oleh Shell, bertujuan untuk menyiasat impak alat pengesan keletihan atas tingkah laku pemandu dan keselamatan di dalam dunia sebenar. Untuk menilai kesesuaian alat ini dalam kalangan pemandu-pemandu, data kuantitatif dan kualitatif mengenai keletihan dan tidur akan dikumpul daripada pemandu profesional yang mengambil bahagian dalam projek ini.

Pemohon haruslah telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian sama ada dalam bidang psikologi atau dalam bidang-bidang sains lain yang berkaitan, dan mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja eksperimen dan data analisis. Calon juga haruslah fasih dalam dua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan mempunyai kemahiran dari segi berkomunikasi dan penulisan, dengan keupayaan untuk bekerja dalam satu pasukan.

Setelah permohonan anda diluluskan, pelajar akan menerima biasiswa yang termasuk:
  • pengecualian penuh dari pembayaran yuran tuisyen selama dua tahun (sepenuh masa)
  • wang saku untuk 24 bulan (tertakluk kepada perkembangan memuaskan)

Bagi calon-calon yang berminat, sila hantar CV anda dengan "cover letter" kepada Profesor Madya Shamsul Haque melalui e-mel ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ).

Persidangan

Malaysia Music Cares: Persidangan Terapi Muzik

Tarikh: 20-21 Ogos 2016
Tempat: Universiti HELP, Subang 2

Persidangan ini akan berasaskan 1.5 hari pembentangan penyelidikan berasaskan bukti, persembahan-persembahan, demonstrasi klinikal, bengkel-bengkel interaktif, pameran muzik dan acara kemuncak konsert matinee. Pembentang-pembentang terdiri daripada ahli-ahli terapi muzik terkenal di peringkat antarabangsa, ahli-ahli terapi muzik tempatan dan lain-lain.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini.


Simposium Dwitahunan Pertama “Psikologi untuk Malaysia” (BPSIMAS)
Tarikh: 23-24 September 2016

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus di Gombak

Matlamat acara ini adalah untuk menemukan ahli akademik dan pengamal yang sama-sama berminat menggunakan psikologi untuk berdepan dengan isu-isu penting di dalam negara. Edisi 2016 BPSIMAS akan menawarkan simposium-simposium berikut:
More...

Jurnal Psikologi Malaysia

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini73
mod_vvisit_counterBulan Ini1119
mod_vvisit_counterBulan Lepas1369

IP Anda: 54.224.2.123